global

Dah kenapa panjat Menara Eiffel?

Oleh Reuters

PARIS: Pihak berkuasa terpaksa mengosongkan perkarangan Menara Eiffel, di sini selepas seorang lelaki memanjat monumen itu, hari ini.

Jurucakap polis berkata, anggota bomba berada di tempat kejadian sebagai langkah berjaga-jaga.

“Lelaki itu masuk ke dalam menara seperti orang lain, namun mula panjat sebaik berada di tingkat dua,” kata jurucakap Menara Eiffel kepada Reuters.

Pengurusan Menara Eiffel menerusi Twitter berkata, menara terkenal di dunia itu ditutup sehingga notis lanjut.

Disiarkan pada: May 20, 2019 @ 11:25pm
d