global

Cuba bunuh diri kecewa pilihan raya Australia

Oleh AFP

SYDNEY: Sekurang-kurangnya empat pelarian di pusat tahanan Australia di kepulauan Pasifik cuba bunuh diri selepas kerajaan konservatif menang dalam pilihan raya Sabtu lalu.

Sekitar 800 pelarian yang cuba memasuki Australia dihantar ke kem di Nauru dan Papua New Guinea di bawah dasar tegas kerajaan negara itu.

Ramai berharap dasar lebih ringan dari parti Buruh yang dijangka menang dalam pilihan raya.

Bagaimanapun, kemenangan parti pimpinan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison memusnahkan harapan mereka dan mencetuskan tekanan sehingga ada yang mencederakan diri sendiri.

Ketua Polis Manus, David Yapu berkata, terdapat sekurang-kurangnya 10 percubaan bunuh diri dilaporkan termasuk empat kes pada hujung minggu lalu.

“Ada yang cuba bakar bilik sendiri manakala ada enggan makan,” katanya.

Disiarkan pada: May 21, 2019 @ 6:47pm
d