global

Trump umumkan wanita ketuai Angkatan Udara AS

Oleh AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan hari ini menamakan bekas duta besar dan ahli perniagaan Arizona untuk memimpin Angkatan Udara.

Barbara Barrett, 68, berkhidmat sebagai duta Amerika Syarikat ke Finland dari 2008 hingga 2009 ketika di bawah pentadbiran George W. Bush.

Barbara turut mempengerusikan pusat penyelidikan dan pembangunan aeronautik, The Aerospace Corporation sehingga 2017.

“Dia bakal menjadi Setiausaha cemerlang!” kata Trump di Twitter.

Sekiranya dia disahkan, Barbara bakal menurut langkah Heather Wilson sebagai setiausaha dalam angkatan udara.

Disiarkan pada: May 22, 2019 @ 11:09am
d