global

Direnjat pengecas telefon bimbit

Oleh Agensi

NEW DELHI: Seorang budak perempuan berusia dua tahun direnjat elektrik selepas memasukkan pengecas telefon bimbit yang tidak dicabut dari plag ke dalam mulutnya.

Kejadian berlaku ketika mangsa melawat datuk dan neneknya di Jahangirabad pada Jumaat lalu apabila kanak-kanak itu cuba menggigit atau menghisap pengecas yang tidak dipadamkan selepas telefon dicabut darinya, lapor The Mirror.

Sementara itu, jurucakap balai polis Jahangirabad, Akhilesh Pradhan memberitahu Times of India: “Keluarga itu tidak membuat sebarang laporan polis, jadi kami juga tidak melakukan siasatan.

“Bagaimanapun, jika ada pihak datang membuat laporan polis kami akan bertindak sewajarnya.”

Disiarkan pada: May 22, 2019 @ 11:22pm
d