global

Indonesia tarik balik sekatan media sosial

Oleh Reuters

JAKARTA: Indonesia hari ini menarik balik sekatan sementara ke atas penggunaan media sosial untuk menghalang penyebaran berita palsu susulan rusuhan yang berlaku di ibu kota, kata jurucakap kementerian komunikasi.

Reuters yang memetik jurucakapnya, Semuel Abrijani Pangerapan berkata, semua aplikasi media sosial kini boleh digunakan seperti biasa.

Sekatan itu berkuat kuasa pada Rabu lalu selepas ketegangan tercetus selepas keputusan pilihan raya mengesahkan Presiden Joko Widodo menang pilihan raya bulan lalu.

Rusuhan menyebabkan lapan orang terbunuh manakala lebih 900 lagi cedera dan pihak berkuasa menyalahkan berita palsu yang tersebar di media sosial memburukkan lagi ketegangan itu.

Disiarkan pada: May 25, 2019 @ 5:44pm
d