global

15 banduan maut dalam pergaduhan

Oleh AFP

SAO PAULO: Pergaduhan antara banduan di sebuah penjara di negeri Amazonas, utara Brazil menyebabkan 15 orang maut, kata pihak berkuasa penjara.

AFP melaporkan, pergaduhan berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika waktu melawat di pusat kemudahan berkenaan.

“Banduan bergaduh sesama mereka. Sebelum tiada kematian berlaku ketika waktu melawat,” kata Kolonel Marcos Vinicius Almeida.

Menurutnya, satu siasatan kini dibuka untuk menentukan punca pergaduhan selain menegaskan pihak berkuasa bertindak dalam tempoh beberapa minit bagi mengelakkan kesan lebih buruk.

Pada Januari 2017, satu rusuhan tercetus di penjara sama yang berlarutan sehingga 20 jam dan mengakibatkan seramai 56 maut.

Berdasarkan statistik rasmi, Brazil mempunyai penjara dengan bilangan penghuni ketiga paling ramai di dunia iaitu 726,712 banduan sehingga Jun 2016.

Disiarkan pada: May 27, 2019 @ 10:55am
d