global

Wanita dipecat menganiaya penunggang Ojol

Oleh Agensi

JAKARTA: Seorang wanita dipecat dari tempat kerjanya selepas dua kali memberi taraf satu bintang kepada penunggang motosikal Ojol dalam kejadian di Semarang, Jawa Tengah, baru-baru ini.

Penilaian itu menyebabkan lelaki dikenali sebagai Jumbadi digantung dari menjadi penunggang syarikat e-hailing motosikal Indonesia terbabit.

Susulan itu, Jumbadi bertindak menceritakan pengalamannya mengambil seorang pelanggan bernama Keysha yang bekerja di sebuah pusat karoke di Instagram.

Menurut Tribunnews.com, Jumbadi menerima amaran pertama daripada Ojol selepas wanita itu memberi taraf satu bintang.

Katanya, ketika itu, akaun Ojol mengalami masalah dan hanya menerima satu hingga tiga pesanan setiap hari.

Seminggu kemudian, Jumbadi mendakwa dia sekali lagi menerima tempahan dari Keysha di lokasi dan ke destinasi sama.

Jumbadi berkata, dia tidak meminta bayaran tambang kerana tiada wang kecil, namun kecewa apabila wanita itu sekali lagi memberi taraf satu bintang.

Kisah malang Jumbadi tular di media sosial sehingga menerima respons dari pengurus pusat karaoke itu.

Keysha bukan saja dipecat, malah dia turut diarahkan menulis surat memohon maaf yang kemudiannya dimuat naik di akaun rasmi Instagram pusat karaoke terbabit pada 25 Mei lalu.

Disiarkan pada: May 28, 2019 @ 1:00am
d