global

Lebih 55 banduan maut dalam rusuhan penjara

Oleh Agensi

BRASILIA: Lebih 55 banduan ditemui mati dalam tempoh dua hari selepas tercetus rusuhan di dua penjara berasingan di utara Brazil, kata pihak berkuasa semalam.

Al-Jazeera melaporkan, kebanyakan yang maut dalam insiden ganas itu terdiri daripada banduan di penjara Antonio Trindade di Manaus.

Menurut Agensi Penjara Amazonas, semua banduan yang mati itu menunjukkan tanda mengalami asfiksia.

Kerajaan Persekutuan berkata, pihaknya sudah menghantar pasukan penguat kuasa untuk meningkatkan keselamatan di penjara berkenaan.

Rusuhan semalam berlaku kira-kira 15 minit selepas 15 banduan maut dalam rusuhan di Kompleks Penjara Jobim Anisio, kata pihak berkuasa.

Disiarkan pada: May 28, 2019 @ 3:19pm
d