global

Lelaki bakar diri berhampiran Rumah Putih [VIDEO]

Oleh Agensi

WASHINGTON: Seorang lelaki membakar dirinya sendiri dan dengan tenang berjalan berhampiran Rumah Putih semalam sebelum beberapa anggota polis menghalangnya dan bertindak memadamkan api.

Menurut laporan Daily Mail, lelaki yang tidak dikenali itu membakar dirinya di Taman Ellipse sebelum berjalan ke Washington Mall, kawasan yang popular dengan pelancong.

Beberapa rakaman video menunjukkan beberapa anggota polis dan anggota Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat berusaha memadamkan api pada badan lelaki itu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kurang dua kilometer dari kawasan Rumah Putih.

Lelaki itu kemudiannya dikejarkan ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal kerana mengalami kecederaan lecur 85 peratus pada badannya.

Polis memberitahu, punca sebenar lelaki itu membakar dirinya masih belum diketahui.

Ketika kejadian Presiden AS, Donald Trump dilaporkan menghadiri satu majlis di Rumah Putih.

Disiarkan pada: May 30, 2019 @ 12:53pm
d