global

Curi ayam, itik demi BMW

Oleh Agensi

SICHUAN: Polis menahan seorang petani kaya yang disyaki menjual ayam dan itik dicuri untuk perbelanjaan minyak kereta mewah BMW.

Suspek berusia 50 tahun didapati mencuri haiwan ternakan itu di beberapa kampung di daerah Linshui sejak April lalu, lapor Red Star News.

Menurut South China Morning Post, siasatan mendapati lelaki itu bertindak demikian kerana berdepan masalah kewangan dan perlu berjimat kerana kereta BMW menggunakan minyak banyak.

Polis menahan suspek selepas meneliti rakaman kamera CCTV dan mendapati lelaki itu menaiki motosikal ke kampung berkenaan pada lewat malam.

Lelaki itu kemudian memelihara ayam dan itik yang dicuri di rumahnya sebelum mencari penjual.

Disiarkan pada: June 6, 2019 @ 3:05pm
d