global

Dadah RM3.49 bilion dalam pembesar suara stereo

Oleh Agensi

SYDNEY: Polis Australia merampas 1.6 tan dadah jenis methylamphetamine dan 37 kilogram heroin bernilai RM3.49 bilion yang disorok dalam pembesar suara stereo dari Thailand.

Pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan hari ini berkata, dadah itu ditemui ketika pemeriksaan imbasan x-ray dilakukan ke atas kargo yang tiba di Melbourne dari Bangkok.

“Ini rampasan dadah methylamphetamine paling besar di negara ini,” katanya.

Setakat ini, belum ada tangkapan dibuat dalam penyeludupan dadah itu dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan.

Pada 2017, polis menahan lapan lelaki selepas merampas 1.2 tan methamphetamine dari sebuah bot di Geraldton, Australia Barat.

Disiarkan pada: June 7, 2019 @ 11:32am
d