global

Sukar cam mayat 4 pendaki

Oleh AFP

KATHMANDU: Pihak berkuasa Nepal berdepan kesukaran mengecam identiti mayat empat pendaki yang dibawa turun dari Gunung Everest dua minggu lalu.

Pegawai kanan polis, Phanindra Prasai memberitahu AFP, mayat berkenaan sudah reput dan hampir tinggal tulang.

"Wajah mereka sudah tidak boleh dicam. Kami sudah mengarahkan hospital mengambil sampel DNA untuk mengesan anggota keluarga mereka," katanya.

Empat mayat berkenaan dibawa turun bersama 11 tan sampah dari Gunung Everest dan polis kurang pasti tempoh mayat itu berada di sana.

Kerajaan Nepal menubuhkan pasukan pembersihan untuk membawa turun mayat pendaki di antara kem Gunung Everest dan Col Selatan.

Lebih 300 pendaki maut di Gunung Everest sejak ekspedisi menawan puncak setinggi 8,848 meter itu bermula pada 1920-an.

Disiarkan pada: June 9, 2019 @ 11:02am
d