global

Salah tangkap suspek ugut Jokowi

Oleh Agensi

JAKARTA: Polis Indonesia mengaku tersilap menahan seorang lelaki berhubung kes ugutan bunuh Presiden Joko Widodo (Jokowi), baru-baru ini.

Memetik Kompas.com hari ini, polis bulan lalu menahan lelaki bernama Teuku Yazhid kerana wajahnya mirip dengan suspek Muhammad Fahri.

Lelaki itu segera dibebaskan sebaik polis menyedari dia bukan individu yang mengancam keselamatan Jokowi dalam video yang tular di media sosial.

Dalam video itu, Fahri yang memakai serban hijau mengugut mahu bunuh Jokowi dan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan Indonesia, Wiranto.

Susulan itu, polis berjaya menahan Fahri di Sulawesi Tengah pada 1 Jun lalu.

Disiarkan pada: June 10, 2019 @ 8:25pm
d