global

17 maut dilanggar bas

Oleh AFP

SAO PAULO: Sebuah bas membawa 40 penumpang berlanggar dengan beberapa kereta dan membunuh sekurang-kurangnya 17 orang di tenggara Brazil semalam, menurut laporan media tempatan dan jabatan bomba.

Jabatan Bomba di kawasan Campos de Jordao, kira-kira 180 kilometer dari Sao Paulo mengesahkan kejadian itu dan berkata, kemalangan itu berlaku apabila bas berkenaan terbalik dan melanggar semua kereta.

Media melaporkan sekurang-kurangnya 17 kematian dan satu video yang dirakam oleh saksi menunjukkan kereta yang dilanggar itu hancur sama sekali.

Menurut laporan keselamatan jalan raya 2018 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 41,000 penduduk Brazil terkorban dalam nahas jalan raya di negara itu pada 2016.

Disiarkan pada: June 11, 2019 @ 10:11am
d