global

6 maut akibat bot karam

Oleh AFP

ATHENS: Sekurang-kurangnya enam maut ketika sebuah bot yang membawa pendatang karam berdekatan pulau Lesbos di Greek, kata pengawal pantai.

Pengawal pantai yang dibantu bot peronda sempadan Kesatuan Eropah (EU), berkata seramai 57 orang berjaya diselamatkan.

Ramai pelarian dan pendatang meninggal dunia ketika cuba menyeberangi Laut Mediterranean tahun ini.

Greece menempatkan kira-kira 70,000 pelarian Syria dan pendatang yang melarikan diri dari negara asal sejak 2015.

Disiarkan pada: June 11, 2019 @ 3:44pm
d