global

Jumpa mangsa bunuh ketujuh

Oleh Reuters

ATHENS: Polis Cyprus menemui mayat seorang wanita hari ini juga dianggap sebagai mangsa ketujuh dan terakhir pembunuhan bersiri yang hanya dilakukan ke atas wanita warga asing selama hampir tiga tahun tanpa dapat dikesan.

Jurucakap polis berkata, mereka menemui mayat terakhir itu di tasik Memi barat daya Nicosia, di lokasi sama ketika mencari mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sebagai mangsa pertama.

“Mayat wanita dijumpai dan ahli patologi forensik berada di tempat kejadian,” katanya.

Seorang pegawai tentera Cyprus berusia 35 tahun ditahan sejak akhir April lalu kerana disyaki membunuh lima wanita dewasa dan dua kanak-kanak perempuan kepada mangsa.

Polis berkata suspek yang mengaku melakukan pembunuhan itu, mengenali semua wanita dari dalam talian. Sebahagian besar bekerja sebagai pembantu rumah di pulau itu dan dilaporkan hilang antara September 2016 dan dari Julai hingga Ogos 2018.

Disiarkan pada: June 13, 2019 @ 12:09am
d