global

Mujur bukan raksasa laut

Oleh Agensi

HELSINKI: Kehadiran objek misteri merupai makhluk berkepala tiga di kawasan perairan berhampiran sempadan Finland rupa-rupanya kapal layar dari Russia.

Menurut RT, pengawal pantai mengesan satu objek pelik melintasi perairan berkabus di Teluk Finland dan bertindak memeriksanya.

Apabila menghampiri objek itu, pengawal terkejut apabila ia sebenarnya kapal layar Russia yang dihiasi tiga kepala naga di hadapannya.

Gambar kapal layar yang direka berdasarkan kapal zaman pertengahan Russia itu turut dimuat naik di media sosial.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai kapal layar ‘raksasa laut’ yang dibuat tiga tahun lalu itu tidak didedahkan.

Kapal terbabit dipercayai dalam perjalanan ke sebuah acara di Norway berikutan semua tujuh anak kapalnya ditemui memakai pakaian tradisi.

Disiarkan pada: June 13, 2019 @ 7:38pm
d