global

Cuba Gooding Jr didakwa ramas payudara wanita

Oleh Reuters

NEW YORK: Aktor pemenang Oscar, Cuba Gooding Jr didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan meramas payudara seorang wanita di sebuah bar di Manhattan, minggu lalu.

Reuters melaporkan, dia yang pernah membintangi filem Jerry Maguire itu berdepan tuduhan melakukan sentuhan secara paksa dalam kejadian pada Ahad lalu membabitkan seorang wanita tidak dikenali.

Peguamnya, Mark J Heller berkata, dia yakin anak guamnya akan dibebaskan dan Gooding akan membuat pengakuan tidak bersalah.

“Tidak ada sebarang perlakuan jenayah yang dilakukannya,” katanya.

Gooding, 51, memenangi Oscar pada 1997 menerusi anugerah pelakon pembanto terbaik untuk filem Jerry Maguire dan turut membintangi filem A Few Good Men, The Butler dan mini siri televisyen, The People v O.J Simpson.

Disiarkan pada: June 14, 2019 @ 11:36am
d