global

Tangguh bahas rang undang-undang ekstradisi

Oleh Reuters

HONG KONG: Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam menangguhkan perbahasan rang undang-undang ekstradisi ke China selepas ia mencetuskan kemarahan dan protes secara besar-besaran.

Reuters yang memetik Lam sebagai berkata, kerajaan akan menghentikan semua usaha mengenai rang undang-undang itu.

Menurutnya, keputusan mengenai perkara itu akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak.

Kira-kira sejuta orang melakukan perarakan di Hong Kong pada Ahad lalu sebagai tanda bantahan terhadap rang undang-undang itu, kata penganjurnya.

Tunjuk perasaan itu turut memaksa polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan peserta. - Reuters

Disiarkan pada: June 15, 2019 @ 4:52pm
d