global

Rakyat HK desak pemimpin letak jawatan

Oleh Reuters

HONG KONG: Puluhan ribu orang dijangka mengadakan perhimpunan besar-besaran di Hong Kong, hari ini bagi mendesak pemimpin negara itu, Carrie Lam untuk meletakkan jawatan.

Desakan itu susulan Lam menangguhkan perbahasan rang undang-undang ekstradisi ke China semalam, selepas ia mencetuskan bantahan paling ganas di negara itu.

Penganjur mensasarkan lebih sejuta penunjuk perasaan dan jumlah terbabit sama dengan demonstrasi terhadap cadangan rang undang-undang ekstradisi pada Ahad lalu.

Namun, polis melaporkan seramai 240,000 orang menyertai perhimpunan itu.

Perhimpunan pada Rabu lalu menyaksikan pertembungan ganas apabila polis menembak peluru getah dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan.

Disiarkan pada: June 16, 2019 @ 11:54am
d