global

Mexico tahan 791 pendatang

Oleh AFP

COATZACOALCOS: Seramai 791 pendatang dari Amerika Tengah termasuk 368 kanak-kanak bawah usia lapan tahun ditahan di Veracruz, Mexico, kata pihak berkuasa semalam.

Pendatang berkenaan disorok dalam empat buah treler, kata Institut Migrasi Nasional dalam satu kenyataan.

Sumber memberitahu AFP, 270 pendatang adalah kanak-kanak berusia enam atau tujuh tahun manakala 98 lagi berusia lima tahun termasuk bayi baru lahir.

Pendatang yang ditahan membabitkan 413 rakyat Guatemala, 330 warga Honduras dan 39 lagi dari Salvador.

Satu lagi sumber mendedahkan enam penyeludup manusia turut ditahan dalam operasi itu.

Veracruz antara negeri paling ganas di Mexico menjadi laluan pengedar dadah untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat dan pendatang yang melaluinya berdepan risiko diculik, dirompak atau dirogol.

Disiarkan pada: June 17, 2019 @ 11:36am
d