global

Penjara 21 bulan edar video Christchurch

Oleh AFP

WELLINGTON: Seorang lelaki New Zealand dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan oleh mahkamah kerana mengedarkan video siaran langsung serangan masjid di Christchurch yang mengorbankan 51 orang jemaah, lapor media tempatan.

AFP melaporkan, Philip Arps, 44, dijatuhkan hukuman selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mengedarkan bahan kurang menyenangkan kerana berkongsi rakaman itu di media sosial ketika serangan berlaku.

Dia ditahan ditahan empat hari selepas pengganas, Brenton Tarrant menyerang dua masjid di bandar South Island pada 15 Mac lalu yang menjadi kejadian pembunuhan beramai-ramai paling buruk dalam sejarah moden di negara itu.

Mahkamah Daerah Christchurch diberitahu bahawa lelaki terbabit mengedarkan rakaman asal kepada 30 orang dan menyimpan versi yang sudah diubah suai dengan memasukkan kursor rerambut silang dan bilangan mangsa dibunuh, lapor New Zealand Herald.

“Ini adalah kesan jenayah kebencian terhadap komuniti penduduk Islam,” kata hakim, Stephen O’Driscoll.

Disiarkan pada: June 18, 2019 @ 10:30am
d