global

Selebriti YouTube beli pekan kecil

Oleh Agensi

MICHIGAN: Selebriti YouTube, Elijah Daniel menukarkan nama sebuah pekan kecil di Michigan dari Hell kepada Gay Hell selepas menjadi pemilik baru pekan itu.

Daniel kini datuk bandar Gay Hell untuk dua minggu dan menukarkan nama pekan itu sempena bulan ‘Pride’ yang diraikan golongan Lesbian Gay Biseksual dan Transgender (LGBT).

Lelaki terbabit enggan mendedahkan jumlah dibayar untuk menjadi datuk bandar kerana masih urusan pembelian pekan itu masih dalam proses.

Pada 2017, Daniel dilantik sebagai datuk bandar Hell untuk sehari dan mengharamkan penduduk heteroseksual dari pekan itu sebagai jenaka.

Selebriti itu menjelaskan menukar nama pekan terbabit sebagai reaksi terhadap tindakan pentadbiran Presiden Donald Trump mengharamkan bendera LGBT dikibarkan di kedutaan Amerika Syarikat.

Kata Daniel, nama baru pekan itu mendapat sokongan ramai, namun dibantah penyokong Trump.

Daniel mahu menjadi pemilik kekal pekan itu dan merancang untuk membuat beberapa perubahan antaranya menganjurkan pesta tahunan bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Disiarkan pada: June 19, 2019 @ 12:26am
d