global

Gaduh kerana bekas makanan

Oleh AFP

NEW DELHI: Seorang juruterbang dan anak kapal Air India disiasat kerana bertengkar mengenai bekas makanan sehingga menyebabkan penerbangan ditunda lebih dua jam.

Ketika kejadian kelmarin, penumpang sudah berada dalam pesawat dari Bangalore ke Kolkata.

Anak kapal terbabit dikatakan enggan membasuh bekas yang masih mengandungi makanan dibawa juruterbang itu dari rumahnya.

Dua lelaki terbabit bertengkar di hadapan penumpang sebelum anak kapal lain masuk campur dan membawa mereka keluar dari pesawat itu.

Mereka kini digantung kerja dan disiasat pihak berkuasa.

Media melaporkan anak kapal sering mengadu mengenai sikap segelintir juruterbang yang angkuh dan mahu diberikan layanan istimewa.

Disiarkan pada: June 19, 2019 @ 9:47pm
d