global

Kantoi sorok rokok elektronik di kaki

Oleh Agensi

SINGAPURA: Dua lelaki warga Malaysia ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands ketika cuba membawa masuk rokok elektronik dan peralatan berkaitan dengannya ke Singapura, baru-baru ini.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini berkata, lelaki terbabit mengikat barangan itu dengan pita pelekat pada kaki mereka.

Menurut ICA, dua lelaki berkenaan tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands dalam teksi dari Malaysia pada Selasa lalu dan diarahkan untuk melakukan pemeriksaan.

“Ketika pemeriksaan, pegawai menemui dua set rokok elektronik dan lapan botol cecair rokok elektronik yang dilekat pada kedua-dua kaki seorang lelaki berusia 22 tahun,” kata ICA.

Manakala, beberapa komponen rokok ditemui pada lelaki berusia 21 tahun yang turut berada dalam teksi sama, lapor Channel News Asia.

ICA berkata, kedua-dua lelaki itu kini disiasat Pihak Berkuasa Sains Kesihatan.

Singapura melarang penggunaan rokok elektronik.

Disiarkan pada: June 21, 2019 @ 3:19pm
d