global

Wanita terlena ditinggal dalam pesawat

Oleh Agensi

TORONTO: Seorang wanita mengecam sebuah syarikat penerbangan apabila dia ditinggalkan tertidur dan terkunci di dalam pesawat sebaik ia mendarat, dalam kejadian di Toronto, Kanada.

Mirror Online melaporkan, kejadian berlaku pada 9 Jun lalu ketika wanita terbabit, Tiffani Adams menaiki penerbangan pulang dari Quebec selepas melawat rakannya.

Tiffani mendakwa, dia hanya tersedar ditinggalkan dalam keadaan gelap selepas pesawat mendarat selama beberapa jam menyebabkannya terus mengalami serangan panik akibat terlalu cemas.

Wanita itu yang menyuarakan kemarahan di akaun Facebook berkata, pada mulanya dia cuba membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan tetapi gagal memandangkan bateri telefon bimbitnya kehabisan cas.

Tiffani kemudiannya terjumpa lampu suluh lalu membuka pintu pesawat dan duduk sambil menjuntaikan kaki dari ketinggian 15 meter sebelum dilihat dan diselamatkan oleh pemandu trak membawa beg pakaian.

Disiarkan pada: June 23, 2019 @ 7:03pm
d