global

4 maut, jambatan kereta api runtuh

Oleh AFP

DHAKA: Sebuah jambatan yang runtuh menyebabkan sebuah kereta api yang bergerak di atasnya terhumban ke dalam terusan menyebabkan empat orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera.

Pegawai berkata, sebahagian daripada jambatan itu runtuh ketika kereta api berkenaan sedang melaluinya hari ini menyebabkan lima gerabak terbabas dan sebuah terjunam ke dalam air.

Berpuluh-puluh penumpang terperangkap dalam kejadian yang berlaku di Kalaura kira-kira 300 kilometer dari Dhaka itu.

Jurucakap polis, Rashidul Hasan berkata, anggota penyelamat dan polis yang dibantu penduduk membawa keluar mayat serta mangsa yang terperangkap di dalam kereta api itu.

21 mangsa yang cedera dibawa ke hospital di Sylhet, bandar yang paling hampir dan keadaan mereka dilaporkan kritikal.

Perkhidmatan kereta api dari Dhaka ke timur laut negara itu juga dihentikan akibat kejadian berkenaan.

Disiarkan pada: June 24, 2019 @ 1:56pm
d