global

2 jet pejuang Jerman terhempas

Oleh Reuters

BERLIN: Dua pesawat pejuang Eurofighter milik tentera Jerman terhempas di timur laut negara itu, hari ini.

Media tempatan melaporkan, juruterbang berjaya menyelamatkan diri sebelum jet terhempas.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Mecklenburg-Vorpommern mengesahkan dua pesawat terbabit dalam kemalangan di utara Jerman.

Bagaimanapun, dua media tempatan melaporkan lokasi juruterbang belum dikesan lagi.

Disiarkan pada: June 24, 2019 @ 9:29pm
d