global

Mati dibelasah 12 jam

Oleh AFP

NEW DELHI: Polis India memburu kira-kira sedozen orang kerana menyeksa seorang lelaki Muslim selama beberapa jam termasuk memaksanya melaungkan slogan yang lazim digunakan pelampau Hindu, dan merakamnya dalam video yang tular sejak mangsa meninggal dunia.

Video 10 minit itu menunjukkan puluhan lelaki memukul Tabrez Ansari sambil memaksanya melaungkan slogan yang sering digunakan golongan pelampau berhaluan kanan Hindu di negara itu.

Tabrez mati di hospital pada Sabtu lalu, empat hari selepas diserang, diikat pada tiang dan dibelasah lebih 12 jam kerana kononnya melakukan kecurian di Jharkhand. Dia akhirnya diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke hospital.

“Kami sudah menahan suspek utama, namun kira-kira sedozen yang lain masih belum dikesan,” kata ketua polis Seraikela, Kartik S.

Dia turut mengesahkan video terbabit menunjukkan Ansari dipaksa melaungkan slogan berkenaan.

Disiarkan pada: June 24, 2019 @ 10:58pm
d