global

Tembak pengarah lepas kena pecat

Oleh Agensi

Sacramento (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang marah akibat dibuang kerja menembak mati dua rakan sekerjanya sebelum suspek menembak dirinya sendiri di sebuah pusat jualan kereta Ford di San Francisco Bay Area, California.

Jabatan Polis Morgan Hill dalam satu kenyataan di Facebook mengesahkan dua pekerja di premis itu maut ditembak di lokasi kejadian.

Polis turut menemui mayat suspek yang bersenjatakan pistol dan terbaring di dalam premis itu.

Seorang pekerja syarikat itu, Doug MacGlashan memberitahu KRON-TV, suspek adalah bekas pekerja pusat jualan berkenaan.

“Pada waktu pagi pengarah perkhidmatan dan alat ganti memecat seorang pekerjanya. Tidak lama kemudian suspek kembali dan masuk ke pejabat pengarah dan menembak lelaki itu,” katanya.

Menurutnya, suspek turut menembak seorang pengurus di situ.

Disiarkan pada: June 26, 2019 @ 5:55pm
d