global

10 pendatang maut, 30 cedera dalam kemalangan bas mini

Oleh AFP

ISTANBUL: Sepuluh pendatang maut manakala 30 lagi cedera selepas bas mini yang dinaiki terbabas dalam kejadian di barat laut Turki, hari ini.

AFP melaporkan, kejadian berlaku apabila pemandu bas terbabit tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa supaya memberhentikan kenderaan lalu memecut laju hingga terbabas.

Ia kemudiannya terlanggar sebuah kedai berhampiran sempadan Greek, kata pejabat Datuk Bandar wilayah Edirne dalam kenyataannya.

Agensi berita DHA melaporkan, bas mini itu membawa seramai 40 penumpang dan 30 daripadanya cedera.

Bagaimanapun, kerakyatan pendatang terbabit tidak dapat dikenal pasti.

Disiarkan pada: June 26, 2019 @ 6:02pm
d