global

Maut dibaham tiga jerung

Oleh AFP

MIAMI: Seorang wanita dari California, Amerika Syarikat maut selepas diserang jerung ketika melakukan aktiviti snorkeling bersama keluarganya di Bahamas, lapor media semalam.

AFP melaporkan, Jordan Lindsey, 21, diserang oleh tiga jerung ketika melakukan aktiviti itu di Pulau Rose di timur Nassau, kata Timbalan Komisioner Polis, Paul Rolle kepada WPLG.

Mangsa kemudian dibawa ke pantai lalu dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan apabila dia disahkan mati sebaik tiba, katanya.

Jurucakap Jabatan Negara yang memaklumkan kepada ABC News turut mengesahkan mangsa adalah rakyat negara itu yang maut akibat diserang jerung semalam.

Disiarkan pada: June 27, 2019 @ 6:36pm
d