global

Bunuh anak makan kek

Oleh Agensi

WISCONSIN: Seorang bapa berusia 29 tahun tergamak menumbuk anaknya berusia lima tahun hingga mati semata-mata kerana marahkan mangsa yang makan kek diberikan sempena Hari Bapa.

Daily Mail melaporkan, kejadian itu menyebabkan lelaki terbabit, Travis Stackhouse berdepan dengan tuduhan membunuh.

Menurut pihak berkuasa, polis menerima laporan terdapat mangsa mengalami kecederaan di 26th Street dan Ruby Avenue pada pagi Sabtu lalu.

Berdasarkan laporan, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan mendapati kanak-kanak terbabit lebam pada kedua-dua mata, luka pada bibir selain terdapat kesan melecet di bahagian dada, lapor WITI-TV.

Stackhouse ketika disiasat polis pada mulanya mendakwa anaknya terjatuh dari tangga namun akhirnya membuat pengakuan menumbuk mangsa di bahagian perut dan muka kerana terlalu marah keknya dijamah kanak-kanak terbabit.

Disiarkan pada: June 27, 2019 @ 11:50pm
d