global

Didakwa kerana keguguran

Oleh AFP

WASHINGTON: Seorang wanita yang keguguran selepas ditembak lima kali, didakwa pihak berkuasa Alabama sebabkan kematian janinnya semalam.

Penangkapan Marshae Jones dibuat ketika ketegangan memuncak mengenai isu pengguguran selepas lebih 12 negeri di selatan dan tengah Amerika Syarikat, termasuk Alabama, meluluskan undang-undang ketat pengguguran yang kini dicabar di mahkamah.

“Marshae Jones didakwa melakukan pembunuhan tanpa niat kerana keguguran selepas ditembak lima kali di perut.

“Penembaknya masih bebas. Kami akan mengeluarkan Marshae dari penjara,” kata kumpulan The Yellowhammer Fund, yang memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang mahu melakukan pengguguran menerusi Twitter.

Marshae, 27, ditembak Disember lalu ketika bergaduh dengan seorang wanita lain.

Dia ditahan kelmarin dan tuduhan terhadapnya dikenakan semalam selepas pendakwa menggugurkan kes walaupun pada awalnya penembak didakwa oleh juri agung.

Pegawai polis di pekan Pleasant Grove, Danny Reid, berkata siasatan menunjukkan mangsa sebenar dalam kes itu ialah janin berkenaan.

“Ibu kepada bayi itu yang memulakan dan meneruskan pergaduhan, menyebabkan kematian anaknya yang masih dalam kandungan," katanya. 

Disiarkan pada: June 28, 2019 @ 11:02am
d