global

Dapat 'perintah' bunuh dua anak

Oleh Agensi

NEW HAVEN: Seorang ibu di Connecticut yang disabitkan membunuh dua anaknya atas alasan 'ia adalah rancangan Tuhan', dihukum penjara selama 120 tahun tanpa diberi parol.

Fox61 yang memetik AP melaporkan, LeRoya Moore dihukum kelmarin, atas dua pertuduhan kerana membunuh anak perempuannya Aleisha, 6, dan anak lelaki Daaron, 7, di rumah keluarga berkenaan di East Haven pada 2015.

Peguam belanya berkata LeRoya berada dalam keadaan psikotik pada masa itu.

Autopsi menunjukkan kanak-kanak berkenaan mati akibat mabuk antihistamin.

Tetapi menurut psikiatri pertahanan LeRoya memberitahunya, dia sengaja melemaskan mangsa ketika cuba ‘membaptis mereka’ selepas menerima perintah Tuhan agar membunuh kedua-duanya.

Seorang profesor psikiatri dari Universiti Yale memberitahu mahkamah bahawa tertuduh mengalami masalah ‘schizoaffective’ semasa melakukan pembunuhan dan masih menghidapinya.

Disiarkan pada: June 29, 2019 @ 1:46pm
d