global

Padah gatal tangan buka pintu kecemasan

Oleh Agensi

Bangkok: Sekali lagi berlaku kejadian seorang penumpang dari China ditahan polis kerana membuka pintu kecemasan ketika pesawat hendak berlepas dari Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok ke China.

Dalam kejadian Rabu lalu, pesawat Thai Lion Air SL940 sepatutnya berlepas ke Wuhan pada jam 6.55 petang, namun terpaksa ditunda sehingga jam 8.47 malam.

Menurut laporan akhbar Chutian Metropolis Daily, seorang saksi kejadian memberitahu tindakan lelaki itu menyebabkan penumpang menjerit ketakutan sebelum seorang anak kapal bergegas memeriksa keadaan.

Menurutnya, lelaki itu menjadi takut dan berulang-kali meminta maaf kepada anak kapal, kononnya dia tidak tahu membuka pintu kecemasan pesawat adalah salah.

Menurut South China Morning Post, syarikat penerbangan Thai Lion Air enggan mengulas mengenai kejadian itu.

Bulan lalu, seorang penumpang China yang tidak sabar membuka pintu kecemasan pesawat penerbangan Shandong Airlines dari Jinan menuju ke Shanghai yang dinaiki bersama keluarganya kerana tidak mahu beratur untuk turun.

Disiarkan pada: June 29, 2019 @ 7:10pm
d