global

4 maut dibedil misil Israel

Oleh AFP

DAMSYIK: Empat orang awam termasuk seorang kanak-kanak maut manakala 21 lagi cedera selepas dibedil peluru berpandu milik Israel berhampiran Damsyik semalam, lapor agensi berita Syria, SANA.

AFP yang memetik laporan itu berkata, peluru berpandu itu dilancarkan berhampiran Damsyik dan wilayah Homs.

“Pertahanan udara kami menangkis serangan peluru berpandu dilancarkan oleh Israel ke beberapa kedudukan kami di Homs dan berhampiran Damsyik,” lapor SANA yang memetik sumber tentera Syria.

Bagaimanapun, butiran lanjut tidak didedahkan mengenai kedudukan itu.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan itu terkena beberapa kedudukan di Iran berhampiran Damsyik dan ia disasarkan kepada pusat penyelidikan serta lapangan terbang tentera di barat bandar Homs yang menempatkan anggota Hizbullah.

Disiarkan pada: July 1, 2019 @ 11:25am
d