global

9 cedera dalam serangan dron

Oleh Reuters

CAIRO: Serangan dron oleh pemberontak Houthi ke atas Lapangan Terbang Abha di Arab Saudi menyebabkan sembilan orang awam cedera, awal pagi tadi.

Pakatan Tentera Arab Saudi di Yemen dalam satu kenyataan berkata, lapan mangsa adalah rakyat Arab Saudi, manakala seorang lagi warga India.

Kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Saudi melaporkan kesemua mangsa dalam keadaan stabil.

Stesen Al-Masirah TV milik Houthi memetik jurucakap pemberontak itu yang berkata, kumpulan terbabit melancarkan operasi besar-besaran yang menyasar Lapangan Terbang Abha.

Sementara itu, stesen Al-Arabiya TV milik Arab Saudi melaporkan penerbangan di Lapangan Terbang Abha sudah kembali beroperasi.

Disiarkan pada: July 2, 2019 @ 12:13pm
d