global

6 maut empangan pecah

Oleh AFP

MUMBAI: Enam maut dan sekurang-kurangnya 18 lagi dilaporkan hilang selepas

hujan monsun yang lebat menyebabkan sebuah empangan pecah dalam kejadian di negeri Maharashtra, barat India.

Menurut jurucakap Pasukan Bertindak Bencana Kebangsaan India (NDRF), Alok Awasthy berkata, pihaknya menggunakan dron untuk mengesan enam mayat mangsa berkenaan.

“Dengan menggunakan dron, kami sudah mengenal pasti enam mayat mangsa namun lebih 18 lagi masih hilang.

“Dua pasukan sudah dikerahkan untuk melakukan operasi selepas empangan Tiware pecah malam semalam dan kami masih mencari mangsa yang terselamat,” katanya kepada AFP.

Selasa lalu, hujan lebat menyebabkan sebuah dinding runtuh di kawasan setinggan di Mumbai hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang.

Manakala enam lagi buruh turut dilaporkan mati berhampiran bandar Pune apabila sebuah lagi dinding runtuh.

Disiarkan pada: July 3, 2019 @ 2:36pm
d