global

Mungkin mayat pekerja

Oleh Mail Online

LONDON: Mayat seorang lelaki yang jatuh dari pesawat yang dalam penerbangan ke lapangan terbang Heathrow dan terhempas di sebuah taman di selatan London pada Ahad lalu kemungkinan pekerja di lapangan terbang Nairobi, kata pegawai Kenya.

Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Kenya, Gilbert M Kibe berkata, lelaki itu sudah pasti memiliki kebenaran untuk masuk ke lapangan terbang dan melepasi kawalan keselamatan bagi masuk ke dalam pesawat.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Kenya masih belum dapat mengenalpasti mangsa yang dipercayai beku hingga mati ketika berada di ruangan tayar pesawat Kenyan Airways sebelum jatuh pada ketinggian 1066 meter.

Mayat itu terhempas beberapa meter dari seorang lelaki bernama John Baldock yang sedang berjemur di taman rumahnya di Clapham.

“Dalam keadaan kawalan keselamatan yang ketat, tidak mungkin orang luar boleh masuk ke landasan di mana pesawat itu berada dan masuk ke dalamnya.

“Jadi saya mengesyaki seseorang yang memiliki kebenaran berada di landasan. Apa tujuannya? saya tidak pasti,” katanya.

Disiarkan pada: July 4, 2019 @ 1:08am
d