global

Ketua pendakwa raya ditembak mati

Oleh AFP

CELAYA (MEXICO) : Ketua pendakwa raya anti-narkotik negeri Guanajuato, Mexico ditembak mati oleh sekumpulan lelaki ketika dia keluar membeli belah, malam kelmarin.

AFP melaporkan, Francisco Javier Fuentes yang menjadi penyiasat utama kes dadah negeri itu ditembak ketika dia meninggalkan kompleks di bandar Celaya kira-kira jam 10 malam waktu tempatan.

Ketika itu, terdapat sekumpulan lelaki yang tiba-tiba keluar dari sebuah kereta menembaknya sebelum melarikan diri, kata pihak berkuasa.

Pejabat pendakwa raya negeri menerusi kenyataannya, menyifatkan insiden itu sebagai serangan pengecut.

Disiarkan pada: July 4, 2019 @ 10:47am
d