global

26 nelayan maut bot karam

Oleh AFP

TEGUCIGALPA (HONDURAS): Sekurang-kurangnya 26 nelayan maut selepas bot yang dinaiki dilaporkan karam berhampiran sebuah pulau kecil, Cayo Gorda, Honduras semalam.

AFP yang memetik jurucakap tentera, Jose Meza berkata, seramai 47 orang bagaimanapun terselamat dalam kejadian di wilayah Mosquitia itu.

Meza berkata, bot 70 tan itu penuh dengan nelayan yang ingin menangkap udang kara selepas dilarang keluar akibat cuaca buruk.

Beberapa sebelum kejadian, terdapat sebuah lagi bot terlebih muatan yang karam di kawasan sama namun semua 40 nelayan berjaya diselamatkan.

Sementara itu, ketua Marin Dagang Honduras, Juan Carlos Rivera memberitahu stesen televisyen HCH berkata, laporan yang diterima masih belum lengkap namun kes itu akan disiasat dengan teliti untuk mencari punca sebenar bagi mengelakkan ia berulang.

Menurutnya, pihak berkuasa sudah menggantung permit bot sehingga tiga tahun kepada pemilik yang membawa terlalu ramai nelayan hingga melebihi muatan.

Disiarkan pada: July 4, 2019 @ 10:49am
d