global

Selamat lepas gigit anu

Oleh Mail Online

ANTWERP: Seorang pondan di Belgium mendakwa dirogol tiga lelaki ketika kali pertama keluar dengan berpakaian seperti perempuan dan berjaya menyelamatkan diri selepas menggigit kemaluan seorang daripada suspek.

Pondan berusia 17 tahun itu memberitahu mahkamah, dia bersama dua lagi rakannya pergi ke sebuah kelab gay di Antwerp pada 22 Jun tahun lalu dan malam itu adalah kali pertama dia berpakaian seperti perempuan.

Ketika di kelab malam itu, pondan itu mendakwa dia dicabul seorang lelaki berusia 34 tahun dan terus keluar untuk menghirup udara segar.

Bagaimanapun, lelaki itu bersama dua lagi rakannya terus menarik mangsa menaiki sebuah teksi dan pergi ke rumah seorang daripada suspek.

Di rumah berkenaan mangsa mendakwa dia dirogol bergilir-gilir oleh ketiga-tiga suspek.

Peguam mangsa memberitahu, pondan itu berjaya melarikan diri selepas dia menggigit kemaluan seorang daripada suspek yang merogolnya.

Dia juga memohon ketiga-tiga suspek membayar pampasan berjumlah £7,052 (RM36,650) kepada mangsa.

Sementara itu, pendakwa raya memohon semua suspek dihukum penjara enam tahun atas kesalahan berkenaan.

Disiarkan pada: July 4, 2019 @ 5:56pm
d