global

45,000 tong arak musnah dalam kebakaran

Oleh Agensi

FRANKFORT: Lebih 45,000 tong arak dijilat api selepas sebuah gudang besar di Kentucky musnah dalam kebakaran, malam kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran itu mengeluarkan haba tinggi sehingga mencairkan lampu jentera bomba.

Pengarah Pengurusan Kecemasan Woodford County, Drew Chandler berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada petir, namun kes masih dalam siasatan.

Jurucakap Kabinet Alam Persekitaran dan Tenaga Kentucky, John Mura berkata, sejumlah arak didapati mengalir ke dalam sungai di sebelah gudang berkenaan.

“Tumpahan itu boleh menjejaskan kehidupan akuatik dan membunuh ikan kerana sudah mengalir ke Sungai Kentucky,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat arak itu berkata, gudang kedua di tempat kejadian hanya mengalami kerosakan kecil dan barang yang disimpan dalamnya tidak terjejas.

Disiarkan pada: July 4, 2019 @ 8:02pm
d