global

California dilanda gempa kuat

Oleh Reuters

LOS ANGELES: Gempa bumi berukuran magnitud 6.4 yang menggegarkan Selatan California semalam menyebabkan beberapa bangunan rosak dan sebuah hospital terpaksa dikosongkan di timur laut Los Angeles.

Reuters melaporkan, kejadian itu bagaimanapun hanya menyebabkan beberapa mangsa mengalami kecederaan kecil.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu adalah paling kuat tempoh 25 tahun selepas ia menggegarkan bandar Ridgecrest sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Jabatan Bomba Daerah Kern dalam kenyataannya berkata, ia menerima maklumat terdapat beberapa laporan kecederaan kecil, dua kebakaran rumah, kebakaran kecil belukar serta kebocoran gas.

Datuk Bandar Ridgecrest, Peggy Breeden mengisytiharkan darurat bagi membolehkan bandar itu menerima bantuan dari beberapa agensi luar.

Hospital Ridgecrest dikosongkan dan pesakitnya dipindahkan ke lokasi lain kerana dikhuatiri berlaku gegaran susulan, katanya.

Disiarkan pada: July 5, 2019 @ 10:40am
d