global

Bekas suami pelakon buka aib

Oleh Agensi

JAKARTA: Seorang aktres Indonesia tampil memberi keterangan kepada pihak polis kelmarin, susulan laporannya mendakwa bekas suami bertindak keterlaluan hingga menjatuhkan air mukanya menerusi sebuah program bual bicara di YouTube.

Aktres terbabit, Fairuz A Rafiq membuat laporan polis terhadap bekas suami, Galih Ginanjar dan pemilik akaun You Tube, Rey Utami dan Pablo Benua.

Detik News melaporkan, dia yang ditemani suami, Sonny Septian dan beberapa rakan hadir ke pejabat unit Jenayah Khas Polis Daerah Metro Jaya untuk memberi keterangan.

Fairuz membuat laporan polis selepas melihat isi kandungan wawancara di You Tube yang dianggap memalukannya apabila bekas suami mendedahkan mengenai hal ‘dalam kain’ mereka secara terbuka.

Malah, lebih melampau lagi apabila Galih mendakwa alat sulit bekas isterinya itu berbau seperti ikan masin.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Argo Yuwono memberitahu AFP bahawa polis mendapati kes terbabit mempunyai elemen kesalahan jenayah.

Bagaimanapun katanya, polis perlu mengambil keterangan daripada beberapa saksi dalam kes berkenaan.

Disiarkan pada: July 5, 2019 @ 12:00pm
d