global

Sinar baru rakyat Sudan

KHARTOUM: Rakyat Sudan membanjiri jalan raya di Khartoum semalam bagi meraikan perjanjian yang dicapai antara jeneral yang memerintah negara itu secara sementara dengan kumpulan yang membantah mereka.

AFP melaporkan, perjanjian perkongsian kuasa itu dicapai selepas perbincangan dua hari dengan Kesatuan Afrika dan Habsyah sebagai pengantara.

Perjanjian itu dicapai selepas rundingan pada Mei lalu menemui jalan buntu untuk menentukan sama ada tentera atau pihak awam sepatutnya memimpin.

“Kedua belah pihak bersetuju mewujudkan sebuah Majlis kerajaan dengan presiden tentera dan awam yang bersilih ganti untuk tempoh tiga tahun atau lebih,” kata pengantara Kesatuan Afrika, Mohamed El Hacen Lebatt.

Sudan dibelenggu dengan krisis politik sejak presiden Omar al-Bashir digulingkan dalam satu rampasan kuasa susulan protes besar-besaran yang berlaku di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu. - AFP

Disiarkan pada: July 6, 2019 @ 10:25am
d