global

Nak menyamar kena tahan pula

Oleh Agensi

FLORIDA: Seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis terjerat diri sendiri apabila dia secara tidak sengaja menahan anggota polis sebenar yang memandu kenderaan ketika berada di luar tugas dalam kejadian Khamis lalu.

Kesilapan bodoh itu menyebabkan lelaki terbabit Barry Lee Hastings Jr, 35, ditahan selepas bertembung polis terbabit yang juga timbalan syerif daerah Lee itu di Hillsborough, lapor Daily Mail.

Berdasarkan laporan polis, Hastings sebelum itu memandu kereta berwarna hitam sambil menyalakan lampu kecemasan sebelum menahan polis berkenaan dan memberi amaran supaya memandu lebih perlahan.

Dia disoal timbalan syerif itu mengenai bukti kelayakan sebagai anggota polis sebelum melarikan diri sebaik lelaki terbabit menghubungi talian kecemasan 911 namun berjaya ditahan polis Daerah Hillsborough.

Polis yang melakukan pemeriksaan lanjut menemui kotak siren dan lampu yang hampir sama digunakan oleh pasukan keselamatan itu.

Disiarkan pada: July 6, 2019 @ 5:50pm
d