global

Gempa gegar barat daya Iran

Oleh AFP

TEHRAN: Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegar barat daya Iran berhampiran sempadan Iraq, pagi tadi.

Pusat Seismologi Kebangsaan Iran melaporkan, pusat gempa berkenaan terletak di Masjid Soleyman dalam wilayah Khuzestan yang berlaku sekitar jam 11 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 17 kilometer.

Stesen televisyen tempatan melaporkan, tiada laporan kerosakan dan kematian diterima dan pasukan penyelamat masih memantau situasi.

Disiarkan pada: July 8, 2019 @ 7:12pm
d