global

Wanita Malaysia mengaku peras ugut

Oleh Agensi

MELBOURNE: Seorang wanita Malaysia mengaku bersalah atas tuduhan melakukan peras ugut terhadap sepasang suami isteri untuk wang sebanyak A$1,000 (RM2,900) selepas mereka merayu di media sosial supaya telefon bimbit mengandungi gambar bayi mereka yang nazak dipulangkan.

Daily Mail melaporkan, Siti Nurhidayah Kamal, 24, yang digelar sebagai ‘memalukan’ oleh pasangan berkenaan membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Melbourne dan hukuman akan dijatuhkan pada tarikh ditetapkan nanti.

Wanita itu didakwa menghubungi ibu bapa kepada bayi berusia 11 bulan, Amiyah Windross, Jay dan Dee Windross selepas mereka membuat rayuan di media sosial supaya telefon bimbit jenis Samsung Galaxy S8 itu dipulangkan.

Pasangan itu yakin telefon bimbit mereka dicuri di tandas sebuah pusat beli-belah pada April lalu.

Terdahulu, mahkamah diberitahu, Siti Nurhidayah dan suaminya bekerja sebagai penghantar makanan Uber Eats.

Disiarkan pada: July 8, 2019 @ 8:39pm
d